Rabu, 4 Mac 2009

TAJUK-TAJUK PERTANDINGAN MENULIS ESEI PPDa 2009

TAJUK ESEI

  1. Pendidikan Pencegahan dan Penyebaran Maklumat Anti Dadah Era Global.
  2. Pembanterasan Gejala Dadah Dalam Zaman Ledakan Teknologi Informasi.
  3. Usaha-usaha Negara Memerangi Wabak Dadah.
  4. Bersepadu Memerangi Dadah Menjelang 2020.
  5. Patriotisme Bangsa Memerdekakan Jiwa Daripada Dadah.
  6. Ke Arah Reformasi Masyarakat Gemilang Tanpa Dadah.

OBJEKTIF:

1. Menjadikan kempen membaca sebagai wadah mencambah idea-idea kreatif melalui pertandingan yang diadakan.

2. Memberi peluang kepada guru-guru dalam menjana idea-idea mengenai pendidikan pencegahan dadah.

3. Melestarikan budaya mengambil tahu mengenai bahaya dadah.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:

BENTUK ESEI

1. Pertandingan Menulis Esei akan dilaksanakan secara individu.

Setiap peserta hanya dibenarkan untuk menghantar satu(1) penyertaan sahaja.

(Pilih salah satu tajuk sahaja).

2. Esei hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.

Sumber rujukan hendaklah dinyatakan dalam esei yang ditulis.

3. Panjang esei hendaklah 1000 1200 patah perkataan dan jumlah perkataan mestilah dicatat dengan tepat pada penghujung esei.

4. Esei hendaklah ditaip di atas kertas A4 dalam jarak langkau sebaris setengah(1.5 spacing) menggunakan huruf Arial bersaiz 12 (Font 12) dan dicetak pada sebelah muka setiap helaian kertas.

5. Setiap esei hendaklah merupakan hasil penulisan asli dan belum pernah disiarkan oleh mana-mana bahan cetakan, Karya ciplak, plagiat atau terjemahan tidak akan diterima.

6. Setiap esei yang dihantar akan menjadi hak milik Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru. Pihak penganjur berhak untuk mencetak dan menerbitkan esei-esei yang memenangi pertandingan.

7. Peserta dilarang sama sekali menyentuh hal-hal yang sensitif seperti mengenai bangsa, agama mahupun politik.


PENYERTAAN

1. Penyertaan terbuka kepada guru-guru di daerah Johor Bahru.

2. Penyertaan adalah percuma. Borang Penyertaan boleh didapati di laman web http://www.ppdajb.blogspot.com

3. Segala kos penyertaan pertandingan tidak ditanggung oleh pihak Penganjur.

4. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas

Kehilangan atau kerosakan naskhah yang dikirimkan.

5. Nama dan alamat penulis tidak dibenarkan tertera pada naskhah esei yang diserah kepada penganjur.

6. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 21 April 2009.

7. Pengumuman keputusan pemenang serta penyampaian hadiah akan diadakan pada 25 April 2009 pada majlis perasmian penutup.

8. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

9. Esei hendaklah dihantar bersama borang penyertaan yang telah disahkan oleh Pengetua/pihak sekolah kepada:-

Urusetia Jawatankuasa Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah 2009

d/a : Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru

JKR 413 Jalan Glendening Johor Bahru

Johor Darul Takzim

(U/P: En. Abdul Aziz How Bin Abdullah, Pembantu Khas PPDa))

Tel: 6072266345, 0123920342

Fax: 07-2221412

Email: azizsppkjb@gmail.com/aaziz.how@moe.gov.my

Tiada ulasan: