Ahad, 16 Ogos 2009

PENGISIAN MAKLUMAT PELAKSANAAN PROSIDAR SECARA ONLINE

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisatif untuk melaksanakan program sifar dadah sekolah rendah (PROSIDAR) di semua sekolah rendah dalam usaha memastikan matlamat sekolah bebas dadah 2012 tercapai. Semua guru besar disarankan agar memastikan program ini telah dilaksanakan mengikut penjadualan yang telah ditetapkan. Di peringkat PPD Johor Bahru, 2 taklimat TELAH diberikan mengikut butiran berikut :
Tarikh : 19 MEI 2009
Masa : 2.30 PETANG
Tempat : SK TEMENGGONG ABDUL RAHMAN 1
Kehadiran : SEMUA KETUA PANITIA PJK SEKOLAH

Tarikh : 15 APRIL 2009
Masa : 02.30 PETANG
Tempat : SJKC FOON YEW 4
Kehadiran : SEMUA KETUA PANITIA PJK SEKOLAH

Justeru, pohon pihak tuan untuk mengisi secara online pemantauan pelaksanaan PROSIDAR bermula hari Isnin, 17 Ogos 2009. Sila laporkan status pelaksanaan PROSIDAR di sekolah. Sila klik URL ini : http://eprosidarjb.blogspot.com/

Maklumat Berkaitan :
  1. Surat Punca Kuasa PROSIDAR
  2. Borang Pelaporan PROSIDAR
  3. Jadual Penyeliaan Sekolah PROSIDAR

Tiada ulasan: