Khamis, 11 Februari 2010

MESYUARAT PENGURUSAN GPK HEM SEKOLAH MENENGAH BIL 1/2010

Tarikh : 10 Februari 2010
Masa : 08.00 pagi hingga 05.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat STAR 1

Pada mesyuarat itu, GPK HEM Sekolah Menengah telah diberikan taklimat mengenai pengurusan pendidikan pencegahan dadah. Diantara elemen yang disentuh ialah :
  1. Memantapkan pengurusan PPDa di sekolah.
  2. Strategi dan Peranan Guru PPDa di sekolah.
  3. Pembugaran aktiviti PPDa di peringkat sekolah.
  4. Sekolah digalakkan menjalankan kajian-kajian kes yang berkaitan.
  5. Membuat refleksi atau kajian impak mengenai program-program yang dilaksanakan di sekolah.
Justeru, diharapkan Guru-guru PPDa Sekolah Menengah dapat mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan GPK HEM bagi membuat pelan tindakan yang sewajarnya.

Tiada ulasan: