Khamis, 22 April 2010

PELAKSANAAN PROGRAM UJIAN URIN DI SEKOLAH

Pengetua
Sekolah-sekolah
Daerah Johor Bahru.

Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru dan Agensi Anti Dadah Daerah Johor Bahru akan mengadakan program tersebut di sekolah-sekolah yang terpilih mulai 26 April 2010. Surat program telah dimasukkan ke pigeon hole sekolah yang terlibat. Pohon perhatian sekolah-sekolah tersebut untuk mengambil tindakan mengikut garis panduan pelaksanaan program seperti ketetapan berikut :

  1. Jawatankuasa Displin Sekolah membuat pemilihan pelajar-pelajar yang akan menjalani ujian urin.
  2. Pemilihan pelajar secara rawak berdasarkan kes salahlaku disiplin yang berkaitan.
  3. Menyediakan maklumat pelajar yang akan menjalani ujian urin. Mengandungi senarai nama, No.K/P, Tingkatan, Kaum dan Jantina.
  4. Mengisi borang UPD 1 (PINDAAN) PER(LAB)SS 301 A ( akan dibekalkan oleh pihak AADK).
  5. Menyediakan tempat yang sesuai bagi menjalani ujian urin yang berdekatan dengan tandas. Contohnya di makmal sains atau bilik kesihatan.
  6. Ada Guru Bertugas (Guru Disiplin) yang akan mengawal pelajar semasa proses menjalani ujian urin.
  7. Guru Bertugas membantu untuk mengawal selia pergerakan pelajar.
  8. Pihak sekolah memberi kerjasama kepada pihak AADK semasa proses menjalankan ujian urin ke atas pelajar.
  9. Sila rujuk PPD Johor Bahru sekiranya adalah masalah berbangkit.
  10. Sila hantar laporan lengkap ke Unit HEM PPDJB (u.p : En. Abdul Aziz How Bin Abdullah) setelah program dijalankan seperti ketetapan berikut :
  • Pengenalan
  • Matlamat
  • Tarikh dan masa
  • Sasaran
  • Statistik Pelajar yang terlibat
  • Dapatan
  • Cadangan
  • Kesimpulan
  • Lampiran : Gambar-gambar berkaitan

Muat Turun :
Borang senarai pelajar



Tiada ulasan: